
Firman ALLAH Subhana Wa Ta’ala :
“Syaitan itu menjanjikan (menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan kepapaan (jika kamu bersedekah atau menderma), dan ia menyuruh kamu melakukan perbuatan yang keji (bersifat bakhil kedekut); sedang ALLAH menjanjikan kamu (dengan) keampunan daripadaNya serta kelebihan kurniaNya. Dan (ingatlah), ALLAH Maha Luas limpah rahmatNya, lagi sentiasa Meliputi PengetahuanNya.”
[Surah Al- Baqarah, Ayat 268]
Hadis Sahih Bukhari Jilid 2. Hadis Nombor 0731.
Dari Abu Hurairah r.a., katanya ada seorang laki-laki berkata: "Saya akan bersedekah. "Lalu ia pergi membawa sedekahnya, kebetulan diberikannya ke tangan seorang pencuri. Orang ramai mentertawakannya, "Ada pula orang bersedekah kepada pencuri." Orang yang bersedekah itu berkata: "Ya, Allah! Untuk Engkau segala puji. Saya akan bersedekah lagi."
Lalu ia keluar membawa sedekahnya, kebetulan diberikannya kepada seorang perempuan lacur. Orang ramai mentertawakannya, "Semalam ada orang memberikan sedekah kepada wanita pelacur." Orang itu berkata, "Ya, Allah! Untuk Engkau segala puji. Saya akan bersedekah lagi."
Ia pergi membawa sedekahnya, kali ini kebetulan diberikannya ke tangan orang kaya. Orang ramai mentertawakannya lagi, "Rupanya orang kaya pun menerima sedekah juga." Kata orang yang memberi sedekah, "Ya, Allah! Untuk Engkau segala puji. Saya berikan sedekah saya kepada pencuri, kepada wanita lacur dan kepada orang kaya."
Kemudian ia bermimpi. Rasanya ada malaikat yang mengatakan kepadanya, "Sedekah engkau kepada pencuri, semoga menyebabkan ia berhenti mencuri. Sedekah engkau kepada pelacur, semoga menyebabkan ia berhenti melacur. Dan sedekah engkau kepada orang kaya, semoga menyedarkannya dan mendorongnya untuk menafkahkan apa yang diberikan Allah kepadanya."
Kawan, jika hari ini engkau ada peluang untuk memberi,
Berilah dengan seikhlas hati.
Kerana esok belum tentu engkau ada kesempatan lagi.
Jika engkau berpeluang memberi,
Ingatlah, bukan kerana engkau mereka mendapat rezeki,
Namun kerana ALlah yang telah menetapkan,
Rezeki mereka engkau yang akan menyampaikan..
Berikan seringgit kepada fakir miskin,
Engkau akan mendapat pahala bersedekah.
Berikan satu ringgit kepada kaum keluargamu,
Engkau akan mendapat pahala bersedekah dan pahala menghubung silaturrahim.
Satu ringgit yang engkau berikan semasa engkau miskin,
Tidak akan sama nilainya dengan seribu ringgit yang engkau berikan semasa engkau telah menjadi kaya.
Jadi, jangan tunggu kaya untuk bersedekah..
Kerana bimbang masa itu tidak akan pernah sampai..
Sedang ajalmu semakin hampir dan terus mengintai-ngintai..
Seratus ringgit yang engkau simpan,
Belum tahu lagi milik siapa,
Milik doktor yang merawat sakit peningmumu,
atau pomen yang merawat ragam keretamu..
Namun jika kau sedekahkan sedikit dari nilai simpanan itu,
Itulah simpanan yang hakiki dan kekal abadi,
Di bawa terus ke syurga menanti.
Kerana itu Sahabatku,
Hari ini, berikan apa sahaja yang engkau mampu,
kepada sesiapa sahaja yang mungkin perlu.
~ Thanks to Anoy for sharing this.
Buat ingatan utk kita semua. Insya-Allah. Amin.
To me, sedekah tu bukan utk kita rasa bangga dgn pemberian kita. Sepatutnya kita perlu berterima kasih pada org yg kita sedekah itu kerana menerima sedekah kita langsung memberi kita peluang utk mendapat pahala dan ganjarang dari-Nya. Kalau dia tidak terima sedekah kita, takde lah peluang kita mendapat pahala dan ganjaran dari sedekah kita itu, insya-Allah. Dan selalunya, lagi banyak kita bagi, lagi banyak yg akan dtg kerana Dia tahu - rezeki kita selalunya utk dikongsi dgn yg lain, insya-Allah murah rezeki kita kalau rajin bersedekah ni.
Rezeki kita tu kekadang, belum tentu hak kita. Kalau tak diberi/kongsi dgn yg lain - gi beli makanan, da makan pun kekadang tumpah la, muntah balik ka - itu da rezeki yg lain. Kan?